Friday, February 27, 2015

Al-Umairah, Isteri Rasulullah SAW


     Akad nikah diadakan di Makkah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 7 tahun (namun ulama berselisihan pendapat mengenainya). Rasulullah tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara Nabi Muhammad s.a.w berumur 53 tahun.

Hadis Sahih Bukhari:
     Dinyatakan Aisyah: Aku biasa bermain dengan anak patung di depan Nabi, dan kawan-kawan perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Jika Rasulullah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 5:
     "Diriwayatkan oleh Aisyah: Rasul megahwiniku apabila saya berumur enam tahun. Kami pergi ke Madinah dan menetap di rumah Harith Kharzraj. Lalu saya jatuh sakit dan rambut keguguran. Kemudian rambut saya tumbuh dan ibuku, Um Ruman, datang kepadaku ketika saya sedang bermain ayunan bersama rakan perempuanku. Beliau memanggilku, dan saya mahu kepadanya, tidak mengetahui apa yang dia mahu buat pada saya. Beliau menangkap saya dengan tangannya dan membuat saya berdiri di hadapan pintu rumah. Saya menjadi sesak nafas, dan apabila pernafasan saya menjadi baik, beliau mengambil air dan menyapu pada wajah dan kepala saya dengannya (air). Lalu membawa saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah saya melihat beberapa wanita Ansar dan berkata, " Harapan terbaik dan Allah memberkati dan selamat berjaya." Lalu dia (ibu) mempertanggungjawabkan saya kepada mereka da menyiapkaku (untuk perkahwinan). Tidak dijangka Rasulullah datang kepadaku pada petangnya dan ibuku membawaku kepadanya (Rasulullah), dan pada masa itu saya perempuan berumur 9 tahun."

Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad s.a.w yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.

Namun begitu terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikah Nabi s.a.w. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.

"Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, aku melihat Siti Aisya ra Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak. " Rasulullah s.a.w mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Diriwayatkan oleh Bukhari:
     "Ibnu Umar ra megatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun."

Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta di dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun keatas. Berdasarkan riwayat dari Bukhari ini jelas menunjukkan:
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.
2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
3. Siti Aisyah kahwin dengan Nbabi Muhamma pada 623 masihi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau ialah 14 tahun.

Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibandingkan dengan umur kakaknya Asma' ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hjar Al Asqalani,"Dia(Asma) hidup 100 tahun dan meninggal pada73, 74 Hijrah").

Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya: (Al Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir.

 "Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun . Asma' adalah 10 tahun lebih tua daripada Siti Aisyah.

wallahualam.

Tuesday, February 24, 2015

Kisah Cinta Antara Rasulullah SAW dan Siti Khadijah


     Kisah indah Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah r.a selalu berkesan untuk dibaca, dikenang dan diteladani. Cinta sejati dan kesetiaan mencintai diukur setelah perkahwinan , bahkan lebih terbukti setelah kepergian yang dicintai.
     Kendati Nabi Muhammad saw sangat mencintai Aisyah r.a, namun cinta beliau kepada Siti Khadijah r.a pada hakikatnya melebihi cintanya beliau kepada Aisyah r.a, bahkan cinta itu melebihi semua cinta yang dikenal umat manusia terhadap lawan jenisnya. Sementara hikayat tentang cinta, seperti Romeo dan Juliet, Lailah dan Majnun, tidak teruji melalui kehidupan bersama mereka sebagai suami isteri. Kerana itu, sekali lagi dikatakan bahawa cinta Rasulullah saw kepada Khadijah r,a adalah puncak cinta yang diperankan oleh seorang lelaki kepada perempuan dan sebaliknya. Sangat besar rasa cinta Rasulullah kepada Khadijah, sampai-sampai Aisyah mengatakan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, "Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seorang pun dari isteri-isteri Rasulullah seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya. Jika ia memotong seekor kambing, ia potong-potong kambingnya dan mengirimkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah."
Maka berkatalah Rasulullah, " Ya, begitulah ia, dan darinyalah aku mendapatkan anak."
     Dalam satu riwayat dikisahkan, suatu saat Aisyah merasa cemburu, lalu berkata, "Bukankah ia (Khadijah) hanya seorang wanita tua dan Allah telah memberi gantinya untukmu yang lebih baik darinya?(maksud aisyah yang menggantikan Khadijah adalah dirinya.). Maka beliau pun marah smpai bergoncang rambut depannya. Lalu beliau bersabda , "Demi Allah ! Ia tidak memberikan ganti untukku yang lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, ia memberikan hartanya kepadaku ketika manusia lain tidak mahu memberiku, dan memberiku anak dari yang lain."
Maka aku berkata didalam hati, " Demi Allah, aku tidak akan lagi menyebut Khadijah dengan sesuatu yang buruk selama-lamanya."
     Ketika Aisyah ingin menampakkan kelebihannya atas Khadijah, ia berkata kepada Fatimah r.a, puteri Nabi dari Khadijah r.a "Aku gadis ketika dinikahi ayahmu sedang ibumu adalah janda ketika dinikahi ayahmu." Rasulullah s.a.w yang mendengar ucapan ini dari puterinya yang mengeluh bersabda "Sampaikanlah kepadanya (ibuku-Khadijah r.a) lebih hebat dari engkau menikahinya saat beliau duda."
Disamping itu Rasulullah tidak memadu Khadijah dengan wanita lain, sedang semua isteri selainnya dimadu.
     Teman-teman Khadijah pun masih diingat oleh Rasul dan berpesan kepada puteri-puteri  beliau agar terus menjalin hubungan kasih dengan mengirrimkan hadiah walau sederhana kepada mereka.
     Ketika Fath Makkah, yakni hari keberhasilan Rasulullah s.a.w memasuki kota Mekah bersama kaum muslim, beliau berkunjung ke lokasi rumah Khadijah r.a, kerana rumah itu sendiri telah tiada. Beliau juga pada hari itu menyendiri, di tengah kesibukan bersama pasukan kaum Muslim, dengan seorang wanita tua sambil bercakap-cakap dengan wajah berseri-seri. Aisyah r.a yang melihat hal tersebut bertanya " Siapa orang itu dan apa yang dibicarakannya?" Ternyata wanita tua itu sahabat karib Khadijah r.a dan pembicaraan Nabi saw dengannya berkisar pada kenangan manis masa lalu.
    Gerak langkah suara dan ketukan pintu yang biasa dilakukan Khadijah ra pun terus segar dalam benak dan fikiran beliau. Suatu ketika beliau mendengar ketukan dan suara serupa. Beliau berkomen: "Ini cara ketukan Khadijah. Saya duga yang datang adalah Hala (saudara perempuan Khadijah ra) dan ternyata dugaan beliau benar.
   Demikianlah keagungan cinta Rasulullah swa kepada Khadijah ra. Yang akan tetap terukir indah sepanjang zaman. 

Wallahu'alam

Thursday, February 19, 2015

Rasulullah Mendapat Wahyu




   Wahyu yang pertama diberikan kepada Rasulullah SAW adalah merupakan mimpi yang baik di dalam tidur. Tidaklah Baginda SAW bermimpi melainkan mimpinya datang seperti sinaran pagi. Kemudian Baginda gemar menyendiri. Baginda mendiri di Gua Hira'. Baginda bertahannuth disana, iaitu beribadah pada waktu malam di sana untuk beberapa malam, sebelum pulang ke pangkuan ahli keluarganya disamping berbekal pula untuk tujuan yang sama. Kemudian baginda pulang kepada Khadijah. Beliau mengambil bekal seperti biasa ( bekal untuk beberapa malam) sehingga datanglah kepadanya kebenaran (wahyu).

     Ketika beliau berada di Gua Hira', datanglah malaikat seraya berkata, 'bacalah!' Baginda berkata, 'sungguh, aku tidak pandai membaca'. Baginda SAW bercerita:

" Lalu malaikat itu memegang aku dan mendakap aku sehingga aku lemah. Kemudian ia melepaskan aku, lalu malaikat itu berkata lagi : "Bacalah!", aku menjawab " Sungguh aku tidak pandai membaca". Lalu malaikat itu memegang dan mendakap aku buat kali kedua, kemudian ia melepaskan aku, lalu ia berkata lagi, "Bacalah!". Maka, aku berkata "Sungguh aku tidak pandai membaca". Lalu malaikat itu memegang dan mendakap aku buat kali ketiga, kemudian ia melepaskan aku. Lalu ia membaca:
     ( اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ( 1) خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ( 2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ ( 3

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Bacalah, demi Tuhanmu Yang Mulia."

    Lalu Rasulullah SAW pulang dengan membawa wahyu itu beserta perasaan hati yang berdebar-debar. Lalu beliau masuk menemui Khadijah binti Khuwalid, seraya berkata "selimutkanlah aku, selimutkanlah aku". Maka, mereka pun menyelimutkan baginda sehingga hilanglah rasa taut baginda itu.

     Beliau bersabda dan menceritakan kisah tersebut kepada Khadijah, "Sesungguhnya aku benar-benar bimbangkan diriku". Lalu Khadijah berkata kepada baginda:

     " Jangan takut.Demi Allah, sampai bila pun Allah tidak akan menghinamu. Sesungguhnya engkau amat suka mengambung tali persaudaraan, menganggung beban dan berusaha membantu orang yang tidak mempunyai apa-apa, memuliakan tetamu, dan membantu orang ketika bencana-bencana alam menimpa."

     Kemudian Khadijah membawa Rasulullah SAW berjumpa Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah. Dia ( Waraqah ) adalah pemeluk agama Nasrani (kristian) pada zaman jahiliyah. Dia dapat menulis kitab dalam bahasa Ibrani, dan dia menulis Injil dalam bahasa Ibrani pada perkara apa jua yang dia kehendaki. Ketika itu beliau telah tua dan buta.

     Khadijah berkata " Wahai sepupuku, dengarkanlah cerita dari anak saudaramu ini!" . Lalu Waraqah berkata kepada baginda SAW " Wahai anak saudaraku, apakah yang engkau lihat?" Lantas Rasulullah SAW menceritakan kepadanya tentang apa yang telah baginda lihat.
  
     Lalu Waraqah berkata kepada Baginda "Itulah Namus yang telah Allah turunkan kepada Musa. Aduhai diriku, sekiranya aku masih muda, sekiranya aku masih hidup ketika kaummu mengusirmu...." Lalu Rasulullah SAW bertanya, "Adakah mereka mengusir aku?" Waraqah menjawab " Ya, tiada seorang pun yang telah membawa seperti apa yang engkau bawa kecuali dia akan dimusuhi. Andai kata hari itu aku sempat bersama denganmu nescaya aku akan bela engkau dengan bersungguh-sungguh." Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terhenti.

Ibnu Syihab berkata :
    Abu Salamah bin Abul Rahman menceritakan kepadaku, bahawa Jabir bin Abdullah Al-Anshari telah berkata, ketika menceritakan peristiwa terputusnya wahyu: Nabi SAW bercerita :

     "Ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba terdengar suara dari langit. Lalu aku melihat ke atas, rupa-rupanya malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira' sedang duduk diatas kerusi di antara lagit dan bumi. Maka timbullah perasaan gerunku terhadapnya. Aku pulang ke rumah dan berkata: selimutkanlah aku, selimutkanlah aku, Lalu Allah SWT menurunkan ayat : 
      
                يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ *  قُمْ فَأَنذِرْ *  وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ  *  وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ *  وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran ( kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

Selepas itu, wahyu pun turun dengan banyak dan berterusan.


Pentingnya Mengikuti Sunnah Rasulullah

   

     Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah. dan barangsiapa yang mendurhakaiku, maka dia telah mendurhai Allah. Begitu pula, barangsiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku. dan barangsiapa yang mendurhakai petugasku, maka dia telah mendurhakaiku." (Riwayat Bukhari)

     Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


  • Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
 

  • Solat subuh berjemaah. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana-mana pun langkahlah kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang yang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

  • Sentiasa dalam keaadan berwuduk. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

  • Istighfar setiap masa. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hendonisme.

  • Sedekah. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedakah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Jika tidak dengan duit, senyum juga dikira sedekah.

  • Sentiasa solat dhuha. Jaga solat dhuha. Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

  • Membaca Al-quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Wednesday, February 18, 2015

Biodata Rasulullah S.A.W


    'Tak kenal maka tak cinta' pepatah melayu yang sesuai dengan sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Namun pada masa kini, manusia lebih menggemari artis-artis tempatan dan luar negara sebagai idola mereka, bukan rasulullah. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih Allah SWT? Justeru itu kita harus memaparkan biodata Rasulullah agar cinta kita kepada Allah semakin kuat.


  • Nama penuh : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim.
  • Tarikh lahir : 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 masihi
  • Tempat lahir : di rumah Abu Talib, Mekah Al-Mukarammah.
  • Nama bapa : Abdullah bin abdul Muttalib bin Hasyim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah ( digelar Ummu Aiman )
  • Ibu susuan pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susuan kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah ( lebih dikenali sebagai Halimah As-Saasiah)
ISTERI-ISTERI RASULULLAH
  1. Khadijah binti Khuwalid
  2. Saudah binti Zam'ah
  3. Aisyah binti Abu Bakar
  4. Hafsah binti 'Umar
  5. Ummi Habibah binti Abu Sufyan
  6. Hindun binti Umaiyah
  7. Zainab binti Jahsy
  8. Maimunah binti Harith
  9. Safiyah binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab binti Khuzaimah
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra
Rasulullah mempunyai anak tiri iaitu Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah Al-Tamimi, anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. ( ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang paling pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.