Friday, February 27, 2015

Al-Umairah, Isteri Rasulullah SAW


     Akad nikah diadakan di Makkah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 7 tahun (namun ulama berselisihan pendapat mengenainya). Rasulullah tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara Nabi Muhammad s.a.w berumur 53 tahun.

Hadis Sahih Bukhari:
     Dinyatakan Aisyah: Aku biasa bermain dengan anak patung di depan Nabi, dan kawan-kawan perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Jika Rasulullah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 5:
     "Diriwayatkan oleh Aisyah: Rasul megahwiniku apabila saya berumur enam tahun. Kami pergi ke Madinah dan menetap di rumah Harith Kharzraj. Lalu saya jatuh sakit dan rambut keguguran. Kemudian rambut saya tumbuh dan ibuku, Um Ruman, datang kepadaku ketika saya sedang bermain ayunan bersama rakan perempuanku. Beliau memanggilku, dan saya mahu kepadanya, tidak mengetahui apa yang dia mahu buat pada saya. Beliau menangkap saya dengan tangannya dan membuat saya berdiri di hadapan pintu rumah. Saya menjadi sesak nafas, dan apabila pernafasan saya menjadi baik, beliau mengambil air dan menyapu pada wajah dan kepala saya dengannya (air). Lalu membawa saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah saya melihat beberapa wanita Ansar dan berkata, " Harapan terbaik dan Allah memberkati dan selamat berjaya." Lalu dia (ibu) mempertanggungjawabkan saya kepada mereka da menyiapkaku (untuk perkahwinan). Tidak dijangka Rasulullah datang kepadaku pada petangnya dan ibuku membawaku kepadanya (Rasulullah), dan pada masa itu saya perempuan berumur 9 tahun."

Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad s.a.w yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.

Namun begitu terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikah Nabi s.a.w. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.

"Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, aku melihat Siti Aisya ra Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak. " Rasulullah s.a.w mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.

Diriwayatkan oleh Bukhari:
     "Ibnu Umar ra megatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun."

Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta di dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun keatas. Berdasarkan riwayat dari Bukhari ini jelas menunjukkan:
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun.
2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
3. Siti Aisyah kahwin dengan Nbabi Muhamma pada 623 masihi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau ialah 14 tahun.

Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibandingkan dengan umur kakaknya Asma' ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hjar Al Asqalani,"Dia(Asma) hidup 100 tahun dan meninggal pada73, 74 Hijrah").

Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya: (Al Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir.

 "Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun . Asma' adalah 10 tahun lebih tua daripada Siti Aisyah.

wallahualam.

No comments:

Post a Comment