Thursday, February 19, 2015

Pentingnya Mengikuti Sunnah Rasulullah

   

     Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah. dan barangsiapa yang mendurhakaiku, maka dia telah mendurhai Allah. Begitu pula, barangsiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku. dan barangsiapa yang mendurhakai petugasku, maka dia telah mendurhakaiku." (Riwayat Bukhari)

     Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


  • Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
 

  • Solat subuh berjemaah. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana-mana pun langkahlah kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang yang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

  • Sentiasa dalam keaadan berwuduk. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Talib, "Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

  • Istighfar setiap masa. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hendonisme.

  • Sedekah. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedakah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Jika tidak dengan duit, senyum juga dikira sedekah.

  • Sentiasa solat dhuha. Jaga solat dhuha. Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

  • Membaca Al-quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

No comments:

Post a Comment