Thursday, March 12, 2015

Mari Uji Minda!

UJI MINDA
Soalan Objektif ( 10 soalan )


1.    Bilakah Rasulullah SAW dilahirkan?



a.     12 Rabiulawal



b.    12 Jamadilakhir



c.     12 Jamadilawal



2.    Bilakah bapa Rasulullah meninggal dunia?



a.     ketika peperangan uhud



b.    ketika usia nabi 1 tahun



c.     ketika Rasulullah berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya



3.    Siapakah nama ibu nabi?



a.     Siti Aisyah



b.    Aminah



c.     Halimahtus Saadiah



4.    Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?



a.     Kambing



b.    Lembu



c.     Unta



5.    Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan?



a.     Nabi : 27 , Khadijah : 31



b.    Nabi : 26 , Khadijah : 50



c.     Nabi : 25 , Khadijah : 40



6.    Apakah ayat al-Quran pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW?



a.     Iqra



b.    Bismillahirrahmanirrahim



c.     Al-fatihah



7.    Berapakah usia Nabi ketika wafat?



a.     61 tahun



b.    65 tahun



c.     63 tahun



8.    Bilakah tarikh Nabi Muhammad SAW dilahirkan mengikut calendar masihi?



a.     20 April 571M



b.    6 April 572M



c.     21 April 570M



9.     Siapakah isteri Nabi yang paling muda?



a.     Siti Aisyah



b.    Siti Khadijah



c.     Ummu Kalthum



10.   Berapa lamakah Nabi berdakwah secara bersembunyi?



a.     2 tahun



b.    3 tahun 

c.     4 tahun 


Soalan Subjektif ( 5 Soalan )

1. Mengapakah tahun kelahiran Nabi digelar Tahun Gajah?

2. Seramai 13 orang telah menjadi isteri kepada Nabi Muhammad SAW, senarai 4 sahaja isteri nabi.

3. Nabi Muhammad mempunyai 7 orang anak. Senaraikan 3 orang sahaja nama anak nabi.

4. Sebelum diangkat sebagai rasul, nabi beruz'lah untuk beribadat dan berzikir kepada Allah selama sebulan. Dimanakah nabi beruz'lah?

5. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
 







Monday, March 9, 2015

K.A.M.I

Assalammualaikum w.b.t
     Selesai sudah kami mencipta blog. Kini tiba masanya untuk kami menceritakan tentang diri kami. Dari kiri ialah Apifah, Arrysha, Fazlin dan Asiah.

APIFAH
 Nama Penuh : Nurul Apifah binti Mohd Azman
Tarikh Lahir : 12 Januari 1999
Tempat Lahir : Hospital Kem Terendak, Melaka.
Cita-cita : Chef
Hobi : capturing picture.
Moto hidup : Menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.

ARRYSHA
Nama penuh : Nur Arrysha Najeeha binti Azman
Tarikh Lahir : 06 April 1999
Tempat Lahir : Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Cita-cita : Usahawan
Hobi : Melayari Internet
Moto hidup : Jaga Mata, Jaga Hati, Jaga Iman

ASIAH
Nama penuh : Nur Asiah binti Abdul Sharif
Tarikh Lahir : 02 Disember 1999
Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Terengganu
Cita-cita : Peguam
Hobi : Melayari Internet dan membaca
Moto Hidup : Worry less, smile more ... 

FAZLIN
Nama Penuh : Nor Fazlin binti Mohd Fadir
Tarikh Lahir : 13 September 1999
Tempat Lahir : Hospital Kem Terendak, Melaka
Cita-cita : Peguam Syariah
Hobi : Dengar lagu
Moto Hidup : Berjaya di dunia dan di akhirat

Sunday, March 8, 2015

Kewafatan Rasulullah SAW

HARI TERAKHIR NABI SAW DI DUNIA.



     Rasulullah menyelak tirai pintu rumah untuk melihat orang ramai yang sedang solat di belakang Abu Bakar r.a. Antara yang memerhati Baginda ketika itu ialah Anas bin Malik r.a apabila beliau melihat wajah Baginda putih dan bersinar umpama kertas mushaf. Orang ramai apabila terlihat sahaja nabi di muka pintu, mereka menjadi tidak tetap solat kerana gembira dalam melihat nabi yang kelihatan sembuh daripada sakitnya dan juga kerana menyangka Baginda akan keluar untuk mengerjakan solat.
      Namun Baginda memberi isyarat supaya mereka kekal di tempat solat masing-masiang dengan berimamkan abu bakar. Kemudian Baginda menjatuhkan tirai dan itulah hari terakhir Nabi di dunia.
      Nabi SAW wafat pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (tahun ke-11 Hijrah) di rumah Sayidatina 'Aisyah r.ha. yang berjiran dengan masjud Baginda. Nabi mula sakit pada 29 Safar (hari Selasa atau Rabu) iaitu Baginda manghadapi shuda' (sakit kepala).
     Kemudian sakit Nabi bertambah tenat sehingga Baginda sering bertanya, "Esok saya di mana? Esok saya di mana?" Maka fahamlah isteri-isteri Baginda bahawa Baginda ingin berada di rumah ' Aisyah r.ha.. Maka mereka mengizinkan Baginda untuk berada di rumah ' Aisyah semasa Baginda sakit. Sakit Baginda berterusan hinggalah pada hari kewafatan Baginda (12 Rabiulawal).
     Tempoh sakit Nabi SAW ketika hampir wafat itu adalah lebih kurang 13 atau 14 hari (iaitu dari 29 Safar sehingga 12 Rabiulawal). Pada hari-hari permulaan sakitnya (iaitu lebih kurang 11 hari) Nabi SAW masih mampu keluar untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat Baginda. hinggalah empat hari sebelum Baginda wafat (iaitu hari Khamis, 8 Rabiulawal), Nabi tidak mampu lagi keluar,  iaitu bermula solat Isyak pada malamnya. Jdi, Sayidina Abu Bakar r.a. mula menggantikan Nabi untuk mengimamkan orang ramai bermula solat isyak hari Khamis, 8 Rabiulawal.

NABI TURUT MENGHADAPI SAKARATULMAUT
     
       Dalam Shahih al-Bukhari, Sayidatina 'Aisyah r.ha. menceritakan, "Rasulullah SAW ketika saat-saat hampir kewafatannya, Baginda mencelup dua tangannya ke dalam air di dalam bekas di hadapannya dan menyapu ke muka sambil berkata, "Tidak ada tuhan selain Allah. Sesungguhnya bagi kematian itu ada sakarat."  Kemudian Rasulullah SAW meluruskan tangannya (ke atas) sambil berkata, (kepada teman yang paling tinggi) hinggalan Baginda wafat dan tangannya jatuh." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
       Apa yang dapat kita fahami daripada ucapan Sayidina Aisyah r.ha. ialah kepayahan yang dirasai ketika hendak mati tidaklah menunjukkan kepada kematian tidak baik kerana Nabi SAW sendiri merasai kepayahan tersebut.

TANGGAL PENGEBUMIAN JENAZAH NABI SAW

        Hadis menunjukkan bahawa jenazah Nabi Muhammad SAW dikebumikan pada malam Rabu. Jenazah Baginda siap dimandikan dan dikafankanpada hari Selasa, cuma dikebumikan pada malamnya (yakni malam Rabu) iaitu ketika pertengahan malam. Berkata Imam Ibnu Katsir, "Pengebumian Nabi SAW pada malam Rabu itulah yang banyak diceritakan oleh para ulama (salaf dan khalaf), antara mereka ialah Sulaiman bin TharkHan, Ja'afar al-Sodiq, Ibnu Ishaq, Musa bin 'Uqbah dan selain mereka."
         Timbul persoalan, kenapa jenazah Nabi lambat dikebumikan, sedangkan Nabi sendiri menggalakkan agar mayat segera dikebumikan? Menurut Imam al-Baijuri, ada beberapa sebab iaitu:
  • Disebabkan berlaku perselisihan dalam kalangan sahabat tentang pengebumian Nabi SAW antaranya, di mana Baginda hendak dikebumikan? 
  • Disebabkan kegemparan yang menimpa mereka (yakni para sahabat) daripada peristiwa kewafatan Nabi iaitu mereka tidak pernah menghadapi kegemparan seperti itu.
  • Disebabkan kesibukan mereka menyelesaikan masalah perlantikan khalifah yang menjadi maslahat kaum Muslimin yang perlu didahulukan.
        Orang yang memangku Nabi SAW (untuk keluar ke masjid ketika Nabi SAW sihat sedikit) ialah Barirah binti Safwan (bekas hamba 'Aisyah) dan seorang lelaki. Lelaki tersebut ialah Nubah (seorang hamba berkulit hitam). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim diceritakan bahawa orang yang memangku Nabi SAW untuk keluar ke masjid (ketika Baginda sakit hendak wafat itu) ialah al-Abbas r.a. dan seorang lelaki lain (iaitu Sayidina 'Ali r.a.).
        Menghimpunkan kesemua riwayat , para ulama menyimpulkan bahawa peristtiwa Nabi SAW keluar dengan dipangku ke masjid bukanlah berlaku sekali sahaja tetapi berulang kali.

KESIMPULAN DARIPADA HADIS-HADIS

1. Nabi Muhammad SAW ketika hampir kewafatan, Baginda telah ditimpa demam dan sakit kepala yang amat berat sehingga tidak dapat mengimamkan orang ramai untuk mengerjakan solat, maka baginda melantik Sayidina Abu Bakar r.a. menggantikan Baginda.

2. Nabi Muhammad SAW tidak terkecuali daripada merasai kesakitan atau kepayahan ketika meninggal dunia yang dipanggil sakaratulmaut. Bagi meredakannya, Baginda mencelupkan tangan ke dalam air dan menyapunya ke muka Baginda sambil berdoa kepada Allah agar meringankan kesakitannya.

3. Nabi wafat pada hari Isnin di atas ribaan Sayidina 'Aisyah r.ha. setelah sakit selama beberapa hari. Sebaik mengetahui Nabi SAW telah wafat, Sayidina Abu Bakar masuk menemuinya dan mengucup dahi Baginda (antara dua mata Baginda). Kemudian Abu Bakar memimpin para sahabat untuk menguruskan jenazah Nabi SAW hingga pengebumian jenazah Baginda.

4. Para sahabat mengalami kegemparan dan kepiluan yang amat hebat daripada peristiwa kewafatan Nabi SAW.

5. Jenazah Nabi SAW dimandikan oleh orang-orang lelaki daripada keluarga terdekatnya (dari sebelah bapanya). Kemudian (setelah dikafankan), Solat jenazah ke atas Nabi SAW dilakukan secara kumpulan demi kumpulan tanpa imam (yakni masing-masing solat secara bersendirian).

6. Jenazah Nabi SAW dikebumikan di tempat Baginda wafat iaitu di rumah Sayidina 'Aisyah r.ha. Jenazah Nabi SAW sempurna dikebumikan pada pertengahan malam hari Rabu.

Wallahu'alam.
Ù„َÙˆْ Ùƒَانَ بَÙŠْÙ†َÙ†َا الْØ­َبِÙŠْب
Ù„َدَÙ†َا القَاصِÙŠْ ÙˆَالْÙ‚َرِÙŠْب
Ù…ِÙ†ْ Ø·َÙŠِّبَØ©ٍ Ù‚َبْÙ„َ الْÙ…َغِÙŠْب 
Ø·َالِباً Ù‚ُرْبَ الحَبِÙŠْب
Andainya KekasihMU (Muhammad) masih berada bersama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman Baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMu




Friday, March 6, 2015

Kisah Rasulullah dan Pengemis Yahudi Buta

     Di sudut pasar Madinah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari demi apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

     Setiap pagi Rasulullah SAW mendanginya dengan membawa makanan dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah SAW tidak ada lagi orang yang  membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.

     Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, " Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Aisyah r.a menjawab petanyaan ayahnya," Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja." "Apakah itu?" tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi kehujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah r.a.

     Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,"Siapakah kamu?" Abu Bakar r.a menjawab, " Aku orang yang biasa." " Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku." Jawab si pengemis buta itu. " Apabila dia (Rasulullah SAW) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri.." pengemis itu melanjutkan perkataannya.

     Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah SAW." Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?. Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikit pun. Dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

Wallahu'alam.

Thursday, March 5, 2015

Pemerintahan Zaman Nabi Muhammad S.A.W

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN (TAMADUN ISLAM)

  1. Tekanan yang hebat dari musyrikin Makkah menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Hijrah yang dilakukan ini membawa kepada penubuhan negara Islam.
  2. Corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang pertama dalam Islam diasaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
  3. Prinsip-prinsip dan asas-asas yang wujud itu melalui nas wahyu Al-Quran dan Sunnah. 

PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
      - Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas termeterinya Perjanjian Aqabah pertama (tahun ke-12 kesasulan Nabi) dan Perjanjian Aqabah ke dua (tahun ke-13)
      - Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin. Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara 
  • Islam - dijadikan rujukan dan landasan
  • Syurga - kaedah pentadbiran
  • Semangat aqidah - bagi menggantikan semangat assabiyyah
  • Piagam Madinah - sebagai perlembangaan negara.  
KONSEP SYURA 

      - Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan. Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran seperti 
  • Surah Al-Syura ayat 38 - "Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka"
  • Surah Al-Imran ayat 59 - "Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu"
  • Juga disebut dalam Surah Al-Imran ayat 159.
      - Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.
      - Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam, nabi telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.
      - Anggota majlis syura semasa pemerintahan nabi seramai 6 orang yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Panglima tertinggi Tentera.
      - Menurut Al-Mawardi dalam kitabnya "Al Ahkamus-Sultaniah" dan Syed Rashid Rudha dalam "Al-Khalifah" merumuskan ahli majlis syura itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan Al-Quran dan pandangan serta pendapat nabi. 
   
PIAGAM MADINAH 
      - Prof. Dr Muhammad Hamidunllah - Perlembagaan bertulis yang tertua di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad "Ikhtisar Perkembangan islam" menyatakan - Perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya. Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah.
    - Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan Madinah yang diasaskan oleh nabi. Ibnu Ishaq dalam kitabnya "Sirah Rasulullah" dan Ibnu Hisyam dalam "Al-Sirah Al-Nabawiyah" menyatakan bahawa perlembagaan ini merupakan hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Piagam Madinah dibuat diantara:
  • Orang Islam (Muhajirin dan ansar) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
  • Antara orang Islam sesama Islam - antara Muhajirin dan Ansar.
     - Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu:
  • Bahagian Pertama - 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
  • Bahagian Kedua - 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang-orang Yahudi.

STRUKTUR PEMERINTAHAN

        - Nabi Muhammad telah meletakkan beberapa prinsip umum untuk sesebuah pemerintahannya iaitu: 
  • Konsep syura
  • Persamaan taraf
  • Persaudaraan dan perpaduan - tindakan mempersaudarakan pihak Ansar (Aus dan Khazranj) serta Ansar dan Muhajirin
  • Keadilan 
  • Peraturan am atau Perlembagaan negara.
      - Bentuk pemerintahan dan pentadbiran zaman nabi mempunyai ciri-ciri berikut: 
  • Sederhana dan ringkas 
  • Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa pelaksana/pentadbiran dan penggubal undang-undang
  • Jawatan yang diwujudkan untuk membantu ketua negara hanyalah beberapa jawatan.
  • Mereka dilantik memegang jawatan tersebut secara suukarela dan tidak menerima sebarang gaji/pendapatan negara
  • Tiada Dewan Parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap.
     - Jawatan yang wujud adalah seperti berikut
  • Ketua negara
  • Peringkat Tertinggi terdiri daripada Majlis Nuqaba' (syura) Setiausaha (Sahib Al Sir) dan Pemegang amanah.
  • Peringkat kedua - Wali/gabenor dan Amil,Khadi, Penulis (wahyu) dan Penterjemah.




Pedang Rasulullah SAW

PEDANG AL MATHUR

" Hujung hulu pedang Rasulullah SAW diperbuat daripada perak "


     Menurut ahli sejarah, Rasulullah SAW mempunyai beberapa pedang dan setiap satunya mempunyai nama-nama tertentu. Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Baginda mempuyai sembilan pedang. Salah satu daripadanya adala Pedang Al Mathur. 

     Al Mathur iaitu pedang awal yang dimiliki oleh Baginda sebagai harta pusaka daripada bapanya. Ketika itu Baginda belum lagi menerima wahyu pertama di Mekah. Pedang ini sentiasa berada bersama Rasulullah SAW tidak kira semasa Baginda berada di Mekah mahupun setelah berhijrah ke Madinah.

     Panjang pedang ini ialah 99cm dan panjang sarungnya ialah 85cm. Pemegangnya diperbuat daripada emas dengan bentuk berupa ular dengan dihiasi batu-batu hiasan berupa delima dan firus.

PEDANG AL BATTAR


     Al Battar ialah sebilah pedang Nabi Muhammad SAW hasil rampasan perang daripada Banu Qainuqa'. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah dengan panjang 101 cm.
     
     Tahukah anda pedang ini disebut sebagai "Pedangnya para nabi". Pada pedang ini terdapat ukiran tulisan arab yang berbunyi ,"Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Isa a.s, dan Nabi Muhammad SAW."

     Jika di perhatikan dengan teliti, di hujung pemegang yang dibuat dari tembaga ini, terdapat satu gambar seseorang yang memancung kepala. Hal itu sebenarnya di ambil dari kisah Nabi Daud a.s yang memancung kepala Jalut, iaitu orang yang memiliki pedang ini pada awalnya.

PEDANG AL-QADHIB
     

     Al-Qadhib berbentuk bilah tipis sehingga boleh dikatakan mirip dengan tongkat. Ini ialah pedang untuk pertahanan ketika berpergian, tetapi tidak digunakan untuk peperangan. 

     Di pedang ini ditulis ungkapan syahadah dengan berupa ukiran perak; " Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah- Muhammad bin Abdullah bin Abd Al-Mutalib." Tidak ada bukti dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan dalam peperang. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh Khalifah Fatimi. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Panjangnya ialah 100cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang di celup.

PEDANG AL-HATF


     Hatf ialah sebilah pedang Nabi Muhammad SAW yang diperolehi sebagai hasil rampasan daripada Banu Qainuqa' . Dikisahkan bahawa Nabi Daud a.s mengambil pedang 'Al-Battar' daripada Goliath sebagai rampasan ketika Baginda mengalahkan Goliath tersebut semasa umurnya 20 tahun.

     Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud a.s untuk ' bekerja' dengan besi, membuat baju besi, senjata dan alat perang, serta membuat sendiri senjatanya. Hatf ialah salah satu buatan Baginda, merupakan Al-Battar tetapi lebih besar daripada itu. Baginda menggunakan pedang ini yang kemudiannya disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang israel) dan akhirnya sampai ketangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah, dengan panjang 112cm dan lebar 8cm.

PEDANG AL-RASUB


     
     Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah dengan panjang 140cm, mempunyai bulatan emas yang di dalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi, 'Ja'far Al-sadiq'.

     Ada yang mengatakan bahawa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudara saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.




Tangisan Rasulullah SAW

    
      Suatu hari Rasulullah SAW sedang tawaf di Kaabah, Baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir : "Ya Karim ! Ya Karim!"

Rasulullah SAW meniru zikirnya "Ya Karim! Ya Karim! "

    Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi " Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi "Ya Karim! Ya Karim!"

   Orang itu berasa dirinya seperti di perolok-olokan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.

     Orang itu berkata, " Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

     Mendengar kata-kata orang Badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"

"Belum," jawab orang itu.

"Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?" Tanya Rasulullah SAW. "Saya percaya dengan penuh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya walaupun saya pernah bertemu dengannya, " Jawab orang Arab Badwi itu.

    Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab, ketahuilah aku ini Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat." Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya dirinya lalu berkata, " Tuan ini Nabi Muhammad?". " Ya." jawab Nabi SAW.

     Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW. Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab Badwi itu seraya berkata, " Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang  hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus Aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati atau diagungkan tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

     Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, : Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar."

     Selepas menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, " Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah  akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya.:

     Orang Arab Badwi berkata lagi, "Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawannya."

     Mendengar ucapan orang Arab Badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab Badwi itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.

     lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, " Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: " Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya kerana tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti. "

     Betapa sekanya orang Arab Badwi itu, apabila mendengar berita itu dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.

 *Diterjemahkan oleh Detik Islam.

Cara Rasulullah Berpuasa


RASULULLAH SAW BERSAHUR

     Rasulullah mngajar kita untuk bersahur sebelum puasa kita dimulakan. Bagaiman Rasulullah SAW bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.

     Rasulullah SAW juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari ciri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: bermaksud: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)

RASULULLAH MENYEGERAKAN BERBUKA

     Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang di larang oleh Rasulullah SAW. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu su remeh.

     Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian. Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah SAW untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

     Ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Ramai  diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekennyangan lalu melewat-lewatkan bersolat maghrib.

     Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah SAW terasa lapar, Rasulullah SAW makan selepas baginda solat.

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

    Berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab. Kita digalakkan untuk berdoa apa sahaja yang kita inginkan ketika menunggu waktu berbuka. Rasulullah bersabda:


      Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi. ( Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban ) 



 Rasulullah SAW juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibaca oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba' al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadis ini sebagai hasan. Perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A'lam.

Tuesday, March 3, 2015

Gurauan Rasulullah SAW


"Para sahabat berkata, 'Ya Rasulullah SAW, kami melihat engkau bersenda gurau dengan kami.' Jawab Nabi, ' (Aku bersenda gurau) tetapi aku tidak bercakap melainkan benar.' "

     Rasulullah SAW tidak  pernah ketawa berdekah-dekah tetapi hanya tersenyum sahaja. Rasulullah SAW apabila ketawa hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja dan bukannya ketawa yang berdekah-dekah, mengilau-ngilau dan terkekeh-kekeh.'

     Antara gurauan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda adalah seperti berikut:

  1.      Pada suatu hari, ibu saudara Rasulullah iaitu Sofiyyah binti Abdul Mutalib lalu berkata, " Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke syurga." Maka Rasulullah membalas, " Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua." Ibu saudaranya menangis kerana dia menyangkakan bahawa beliau tidak layak untuk masuk ke syurga. Lalu Baginda menyatakan maksud sebenarnya iaitu penghuni syurga semuanya akan dijadikan muda-muda belaka, maka sudah tentu tiada lagi orang tua di dalam syurga. Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT: "Sesungguhnya Kami mencipta mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." ( Surah Al-Waqi'ah: 35-37)
  2.      Abu Talhah mempunyai seorang anak lelaki kecil yang dikenali sebagai , Abu Umair'. Anak lelaki Abu Talhah ini memelihara seekor burung yang diberi nama Nughair. Rasulullah SAW selalu bergurau dengan budak kecil ini apabila bertemu dengannya. Baginda selalu bertanya kepada budak itu tentang burung yang dipeliharanya dengan berkata :"Wahai Abu Umair, apakah yang dibuat oleh Nughair?". Gurauan Rasulullah ini membuatkan budak kecil itu berasa gembira dan senang dengan Rasulullah SAW.
  3.      Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa terdapat seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata : " Berikanlah aku seekor unta untuk aku menunggangnya." Lalu Rasulullah berkata, " Bahkan aku akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya." Wanita itu pun berkata," Anak unta tidak dapat memberi manfaat kepadaku kerana ia sudah tentu tidak mampu untuk berjalan apabila aku menungganginya." Maka Rasulullah SAW pun menerangkan maksudnya yang sebenar. Lalu berkata Baginda: " Setiap unta itu adalah anak kepada unta yang lain." Jadi yang dimaksudkan bukanlah anak unta kecil, sebaliknya unta yang besar.
     Jangan menjadikan pembohongan atau suatu yang diada-adakan sebagai bahan untuk menjadikan orang ketawa. Sabda Nabi SAW :
" Kecelakaanlah untuk orang yang bertutur, lalu ia berdusta semata-mata untuk menjadikan orang ramai ketawa. kecelakaanlah untuknya, kecelakaanlah untuknya."

Jadilah yang ditegah itu bukanlah ketawa, tetapi banyak ketawa atau ketawa berlebihan.

     Sayidina Ali r.a pernah berpesan, " Berilah gurauan kepada percakapan kamu hanya sekadar seperti kamu berikan garam kepada makanan." (Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Lahwi wa at-Tarwih)