Monday, March 2, 2015

Zaman Remaja Rasulullah

   Kisah yang menunjukkan ketinggian akhlak seorang yang bakal membawa risalah Islam akhir zaman. Kisah nabi yang menjadi teladan kepada kita sebgai pendakwah di zaman ini. 
  •    Keturunan yang mulia - Nabi saw berketurunan Bani Hasyim. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. manakala Quraisy pula adalah kabilah arab yang paling mulia dan berketurunan bersih serta memiliki kedudukan yang tertinggi dikalangan bangsa arab. Oleh kerana keturunan Baginda saw adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan Baginda menjadi bahan celaan. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan isu yang direka-reka tetapi bukan dari segi keturunan.
  • Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandunngkan Baginda 2 bulan. Apabila berusia 6 tahun ibu Baginda Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda saw telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibubapa. Selepas itu Baginda dipelihara oleh Abdul Mutalib iaitu datuk Baginda. Pada umur 8 tahun datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu, Baginda dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Talib sehingga besar dan dewasa.
  • Rasulullah saw menghabiskan 4tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir di kampung Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani, dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat baginda terasah dalam kemurnian dan kehinangan padang pasir di bawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih. 
  • Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi tampak pada roman mukanya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda. Semasa kanak-kanak Rasulullah datang ke majlis datuknya, baginda duduk di atas tilam datuknya sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu tiada seorang pun bapa saudaranya ( anak-anak datuknya) akan duduk di atasnya. Oleh itu bapa-bapa saudara baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Mutalib berkata : Biarkan cucuku ini demi Allah dia memiliki keistimewaan .
  • Pada awal remaja, Baginda saw mengembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah beberapa qirat (1/24 dinar). Rasulullah bersabda :  "Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab :Aku juga begitu." Kemudian, apabila umur baginda menginjak 25 tahun baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran. 
  • Baginda saw tidak menyertai rakan-rakan sebayanya dikalangan remaja Mekah dalam bersuaka ria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Semasa usia remajanya baginda mendengar nyanyian daripada salah sebuah rumah di Mekah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya tetapi Allah menjadikan baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum air kencing syaitan dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.
Marilah kita berusaha memiliki keperibadian dan akhlak yang baik seperti Rasulullah saw. semoga Allah memberi kekuatan dan pertolongan untuk terus memperbaiki akhlak dan keperibadian kita.
   

No comments:

Post a Comment