Thursday, March 5, 2015

Pedang Rasulullah SAW

PEDANG AL MATHUR

" Hujung hulu pedang Rasulullah SAW diperbuat daripada perak "


     Menurut ahli sejarah, Rasulullah SAW mempunyai beberapa pedang dan setiap satunya mempunyai nama-nama tertentu. Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Baginda mempuyai sembilan pedang. Salah satu daripadanya adala Pedang Al Mathur. 

     Al Mathur iaitu pedang awal yang dimiliki oleh Baginda sebagai harta pusaka daripada bapanya. Ketika itu Baginda belum lagi menerima wahyu pertama di Mekah. Pedang ini sentiasa berada bersama Rasulullah SAW tidak kira semasa Baginda berada di Mekah mahupun setelah berhijrah ke Madinah.

     Panjang pedang ini ialah 99cm dan panjang sarungnya ialah 85cm. Pemegangnya diperbuat daripada emas dengan bentuk berupa ular dengan dihiasi batu-batu hiasan berupa delima dan firus.

PEDANG AL BATTAR


     Al Battar ialah sebilah pedang Nabi Muhammad SAW hasil rampasan perang daripada Banu Qainuqa'. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah dengan panjang 101 cm.
     
     Tahukah anda pedang ini disebut sebagai "Pedangnya para nabi". Pada pedang ini terdapat ukiran tulisan arab yang berbunyi ,"Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Isa a.s, dan Nabi Muhammad SAW."

     Jika di perhatikan dengan teliti, di hujung pemegang yang dibuat dari tembaga ini, terdapat satu gambar seseorang yang memancung kepala. Hal itu sebenarnya di ambil dari kisah Nabi Daud a.s yang memancung kepala Jalut, iaitu orang yang memiliki pedang ini pada awalnya.

PEDANG AL-QADHIB
     

     Al-Qadhib berbentuk bilah tipis sehingga boleh dikatakan mirip dengan tongkat. Ini ialah pedang untuk pertahanan ketika berpergian, tetapi tidak digunakan untuk peperangan. 

     Di pedang ini ditulis ungkapan syahadah dengan berupa ukiran perak; " Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah- Muhammad bin Abdullah bin Abd Al-Mutalib." Tidak ada bukti dalam sumber sejarah bahawa pedang ini telah digunakan dalam peperang. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudian hanya digunakan oleh Khalifah Fatimi. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Panjangnya ialah 100cm dan memiliki sarung berupa kulit haiwan yang di celup.

PEDANG AL-HATF


     Hatf ialah sebilah pedang Nabi Muhammad SAW yang diperolehi sebagai hasil rampasan daripada Banu Qainuqa' . Dikisahkan bahawa Nabi Daud a.s mengambil pedang 'Al-Battar' daripada Goliath sebagai rampasan ketika Baginda mengalahkan Goliath tersebut semasa umurnya 20 tahun.

     Allah SWT memberi kemampuan kepada Nabi Daud a.s untuk ' bekerja' dengan besi, membuat baju besi, senjata dan alat perang, serta membuat sendiri senjatanya. Hatf ialah salah satu buatan Baginda, merupakan Al-Battar tetapi lebih besar daripada itu. Baginda menggunakan pedang ini yang kemudiannya disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang israel) dan akhirnya sampai ketangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah, dengan panjang 112cm dan lebar 8cm.

PEDANG AL-RASUB


     
     Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul. Berbentuk bilah dengan panjang 140cm, mempunyai bulatan emas yang di dalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi, 'Ja'far Al-sadiq'.

     Ada yang mengatakan bahawa pedang ini dijaga di rumah Nabi Muhammad SAW oleh keluarga dan sanak saudara saudaranya seperti layaknya bahtera (Ark) yang disimpan oleh bangsa Israel.




No comments:

Post a Comment