Thursday, March 5, 2015

Cara Rasulullah Berpuasa


RASULULLAH SAW BERSAHUR

     Rasulullah mngajar kita untuk bersahur sebelum puasa kita dimulakan. Bagaiman Rasulullah SAW bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa.

     Rasulullah SAW juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari ciri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: bermaksud: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)

RASULULLAH MENYEGERAKAN BERBUKA

     Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang di larang oleh Rasulullah SAW. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu su remeh.

     Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian. Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah SAW untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

     Ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Ramai  diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekennyangan lalu melewat-lewatkan bersolat maghrib.

     Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah SAW terasa lapar, Rasulullah SAW makan selepas baginda solat.

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

    Berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab. Kita digalakkan untuk berdoa apa sahaja yang kita inginkan ketika menunggu waktu berbuka. Rasulullah bersabda:


      Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi. ( Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban ) 



 Rasulullah SAW juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibaca oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba' al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadis ini sebagai hasan. Perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment