Monday, March 2, 2015

Kehidupan Nabi Sebelum Menjadi Rasul

    

 Nabi Muhammad S.A.W berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, iaitu Qusai bin Kilab. namun keturunan baginda sering dirujuk kepada Hasyim, iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Dengan penguasaan terhadap Makkah,Kaabah dan Telaga Zamzam juga dapat dikuasai oleh keluarga baginda. Keturunan Nabi Muhammad S.A.W memang bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok-belok perniagaan. 

Selain Qusai, Abdu' Manaf dan Hasyim, Abdul Muttalib iaitu datuk Nabi Muhammad S.A.W juga pernah menerajui kepimpinan Makkah pada zaman Jahiliah.

    - Nabi Muhammad berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah, Abdullah bin Abdul Mutalib dan beliau telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji.

    - Bapa baginda meninggal dunia pada ketika nabi Muhammad masih dalam kandungan ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan, Nabi Muhammad telah diserahkan kepada Halimatus Saadiyah untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika diserahkan kepada Halimatus Saadiah untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab pula telah meninggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda , Abdul Muttalib. Selepas Abdul Muttalib meninggal dunia, baginda dipelihara oleh Abu Talib, iaitu bapa saudara baginda. Dengan ini Nabi Muhammad telah menjadi anak yatim piatu sejak berumur enam tahun. Kaum keluarga baginda pula sangat prihatin terhadap baginda dan seterusnya sanggup pula membela dan memberi kasih sayang. 

   - Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari segi pekerjaan, baginda pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda Abu Talib. Pengalaman dalam bidang perniagaan pula diperoleh sejak baginda berusia 12 tahun, iaitu dengan mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam, sebuah kawasan yang terletak diutara semenanjung tanah Arab. Selain itu, Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini sehingga di Bashrah.

   - Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan pedagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkaya lagi pengalaman baginda.
  
   - Pada ketika berusia 20 tahun, baginda lebih giat berdagang dan baginda pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya. Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W, meninginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwalid. Abu Talib telah menemui Khadijah dan meminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah.

   - Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba kepada Khadijah. Kemuliaan budi pekerti,sifat amanah dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda serta kepandaian mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperoleh keuntungan berlipat kali gand. Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W berniaga telah menimbulkan perasaan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan. peristiwa berlaku pada ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun. 



KEPERIBADIAN NABI MUHAMAD S.A.W


        - Nabi Muhammad S.A.W memiliki 4 sifat terpuji iaitu Siddiq,Amanah,Tabligh dan Fatanah. Sifat siddiq Nabi Muhammad diakui sendiri oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Makkah.

        - Baginda digelar Al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong. Panggilan A-Amin terhadap Nabi Muhammad telah menjadi sebati dikalangan masyarakat Arab sehinggakan panggilan NAbi Muhammad tidak digunakan. Sifat amanah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad telah menyebabkan Khadijah binti Khuwalid menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk diperniagakan. Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbgai rintangan.

        - Kewibawaan baginda sebagai tokoh yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Contohnya, semasa berumur 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan dikalangan Kabilah Quraisy. Persengketaan itu berpunca daripada Peristiwa meletakkan  semula Hajar Aswad (batu hitam) ini terjatuh semasa banjir melanda Kota Makkah.

       - Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinan serta sifat pengasihnya dan timbang rasanya. Baginda sering membantu isterinya memasak, menampak pakaian yang koyak, melayan anak dan membersihkan rumah. Anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak. Hal ini juga menunjukkan bahawa baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.
        
      - Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh masyarakat tetapi baginda sentiasa merendah diri. Ini terbukti daripada pergaulan baginda dengan semua lapisan masyarakat sama ada yang kaya atau yang miskin. Selain itu,baginda juga bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-kanak. Semasa pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630 Masihi, baginda telah menunjukkan sifat pemaaf. Contohnya, orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan.

       - Nabi Muhammad juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sifat ini terselah semasa baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628 Masihi dengan orang Arab Quraisy Makkah. Walaupun kandungan perjanjian kelihatan bersara, baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seterusnya.

     - Sebelum dilantik menjadi Rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat disekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan dan taasub dengan amalan jahiliah. Nabi Muhammad mula berusaha untuk mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat disekelilingnya. Baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakatnya dengan cara bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur. Walaupun Gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata-mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang. Dengan sepenuh jiwa raga, baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah.

   - Selepas lebih kurang 6 bulan, Nabi Muhammad berulang-alik dan bertapa di Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos tahun 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad menerusi Malaikat Jibril. Pada waktu itu, Nabi Muhammad berumur 40 tahun dengan turunnya wahyu ini, bermula era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Jahiliah. Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara zaman Jahiliah dengan zaman Islam.
      

           
             
       



      

No comments:

Post a Comment