Thursday, March 5, 2015

Pemerintahan Zaman Nabi Muhammad S.A.W

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN (TAMADUN ISLAM)

  1. Tekanan yang hebat dari musyrikin Makkah menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Hijrah yang dilakukan ini membawa kepada penubuhan negara Islam.
  2. Corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang pertama dalam Islam diasaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
  3. Prinsip-prinsip dan asas-asas yang wujud itu melalui nas wahyu Al-Quran dan Sunnah. 

PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
      - Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas termeterinya Perjanjian Aqabah pertama (tahun ke-12 kesasulan Nabi) dan Perjanjian Aqabah ke dua (tahun ke-13)
      - Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin. Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara 
  • Islam - dijadikan rujukan dan landasan
  • Syurga - kaedah pentadbiran
  • Semangat aqidah - bagi menggantikan semangat assabiyyah
  • Piagam Madinah - sebagai perlembangaan negara.  
KONSEP SYURA 

      - Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan. Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran seperti 
  • Surah Al-Syura ayat 38 - "Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka"
  • Surah Al-Imran ayat 59 - "Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu"
  • Juga disebut dalam Surah Al-Imran ayat 159.
      - Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam, pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.
      - Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam, nabi telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.
      - Anggota majlis syura semasa pemerintahan nabi seramai 6 orang yang terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Panglima tertinggi Tentera.
      - Menurut Al-Mawardi dalam kitabnya "Al Ahkamus-Sultaniah" dan Syed Rashid Rudha dalam "Al-Khalifah" merumuskan ahli majlis syura itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan Al-Quran dan pandangan serta pendapat nabi. 
   
PIAGAM MADINAH 
      - Prof. Dr Muhammad Hamidunllah - Perlembagaan bertulis yang tertua di dunia dan merupakan satu rekod dunia. Menurut Dasuki Ahmad "Ikhtisar Perkembangan islam" menyatakan - Perlembagaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya. Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah.
    - Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan Madinah yang diasaskan oleh nabi. Ibnu Ishaq dalam kitabnya "Sirah Rasulullah" dan Ibnu Hisyam dalam "Al-Sirah Al-Nabawiyah" menyatakan bahawa perlembagaan ini merupakan hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Piagam Madinah dibuat diantara:
  • Orang Islam (Muhajirin dan ansar) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
  • Antara orang Islam sesama Islam - antara Muhajirin dan Ansar.
     - Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu:
  • Bahagian Pertama - 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
  • Bahagian Kedua - 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang-orang Yahudi.

STRUKTUR PEMERINTAHAN

        - Nabi Muhammad telah meletakkan beberapa prinsip umum untuk sesebuah pemerintahannya iaitu: 
  • Konsep syura
  • Persamaan taraf
  • Persaudaraan dan perpaduan - tindakan mempersaudarakan pihak Ansar (Aus dan Khazranj) serta Ansar dan Muhajirin
  • Keadilan 
  • Peraturan am atau Perlembagaan negara.
      - Bentuk pemerintahan dan pentadbiran zaman nabi mempunyai ciri-ciri berikut: 
  • Sederhana dan ringkas 
  • Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Mengetuai kuasa pelaksana/pentadbiran dan penggubal undang-undang
  • Jawatan yang diwujudkan untuk membantu ketua negara hanyalah beberapa jawatan.
  • Mereka dilantik memegang jawatan tersebut secara suukarela dan tidak menerima sebarang gaji/pendapatan negara
  • Tiada Dewan Parlimen dan tiada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap.
     - Jawatan yang wujud adalah seperti berikut
  • Ketua negara
  • Peringkat Tertinggi terdiri daripada Majlis Nuqaba' (syura) Setiausaha (Sahib Al Sir) dan Pemegang amanah.
  • Peringkat kedua - Wali/gabenor dan Amil,Khadi, Penulis (wahyu) dan Penterjemah.




No comments:

Post a Comment